01 July 2009
Pemuda Umno Selewengkan Maksud Wacana Pas
Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.
Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.
Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.
Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.
“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasaruddin. “Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.
Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.
“Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.
Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.
“Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas,” kata Khairy.
Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.
“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.
Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk. .
“Pas dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.
“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.
Pendirian itu didokong oleh saya pemuda pas yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.
“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.
Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah. -TVA
PAS dan PKR minta kerajaan P. Pinang tarik balik pemecatan Johari
Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang meminta Kerajaan Pulau Pinang dan PKR Pulau Pinang bersabar dan peluang untuk berunding diteruskan bagi mencari penyelesaian.
MP Gobala gets death threats
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini mendakwa menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.Gobalakrishnan mendakwa, sms pertama diterima beliau kira-kira pukul 12.47 tengah malam tadi manakala yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.
Katanya, sms yang pertama berbunyi "Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".
Sementara itu, dalam sms kedua yang diterimanya pula tercatat "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."
Golabakrishnan berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya.
"Pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu.
"Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara.
"Saya tidak ingin perkara seperti ini meningkat di Manek Urai nanti dan jika ia berlaku satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dijalankan lagi," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
From unity talks to intellectual discourse - Malaysiakini
Kepada :
Yb. Sdra Khairi Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.
Saudara Yb.
WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Perkara diatas adalah dirujuk
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO, benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam.
Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS.
Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen.
Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.
Sekian Terima Kasih
Yang Menjalankan Amanah
Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
s.k ; Setiausaha Agung PAS
MP PAS Marang: Sesi soalan jawab lisan 30 Jun 2009
Soalan tambahan MP PAS Marang kepada soalan asal No. 1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) setakat manakah keberkesanan pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah yang tiada kad pengenalan dan surat beranak sehingga hari ini di seluruh negara; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk mencari satu penyelesaian yang drastik untuk menangani isu kad pengenalan dan surat beranak khususnya di negeri Sarawak memandangkan hak ini telah terlalu lama dipraktikkan. [30 Jun 2009]
Selanjutnya
Fenomena Sejadah Bangun di Masjid Kristal

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.
Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.
“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.
A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.
Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.
“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.
“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.
“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.
He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.
‘Floating mat’ a sign to people - The Star Online
Kepimpinan mahasiswa sifatkan penahanan 2 mahasiswa UM tidak sah
Kepimpinan utama mahasiswa meminta kerajaan persekutuan supaya membebaskan segera dua mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Izzudin Zaini dan Mohd Syahruldin Rosli yang ditahan bagi membantu siasatan berikutan kejadian contengan protes ‘anti-Rosmah’ Rabu lalu.Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali yang juga Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), menyifatkan penahanan dua mahasiswa itu bersifat ultra vires dan bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
“Perkara 5 (4) jelas menyatakan bahawa jika seseorang itu ditangkap oleh pihak polis dalam kes bukan melibatkan imegresen atau ISA, ia hendaklah dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu”
“Tetapi dalam kes ini, sudah lima hari dua mahasiswa tersebut ditahan tetapi mereka masih tidak dibawa ke muka pengadilan dan ini satu percabulan hak asasi yang serius”, ujarnya.
Tambahnya lagi bahawa pihak polis turut mnenyalahi tugasnya apabila tidak membenarkan suspek menemui waris atau peguam dalam tempoh selepas penangkapan dua mahasiswa terbabit.
“Inilah satu lagi percabulan hak kebebasan diri buat dua orang mahasiswa ini kerana mereka perlu diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan mereka ditangkap dan mereka hendaklah dibenarkan berunding serta dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihan mereka sendiri sepertimana Perkara 5 (3) Perlembagaan kita,” katanya.
Ekoran itu, tegas Hisyamuddin lagi, mahasiswa seluruh negara perlu bertindak sekiranya mahasiswa terbabit terus ditindas dan mencadangkan seluruh mahasiswa membantu menanggung kos guaman dalam kes ini.
Katanya, beliau akan berbincang dengan pimpinan mahasiswa Universiti Malaya dan mencadangkan penfailan petisyen habeas corpus dilakukan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.-mahasiswakini
Anwar Ibrahim: Ceramah Himpunan Perdana Pakatan Rakyat.
DS Anwar di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.
Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat.
Salahuddin: Najib takut sahut Debat dengan Mursyidul Am PAS
Sidang media Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mengenai Debat PM-Mursyidul Am PAS di Lobi Parlimen. [30 Jun 2009]
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.
Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.
‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.
Najib ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempelawa Najib berdebat dengannya secara terbuka.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu menyusul selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, sepatutnya sebelum sebarang perbincangan boleh dilangsungkan, sesuatu pihak itu jangan mengutuk pihak lain.
‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya.
Nik Aziz ketika berceramah di Padang Awam Laloh baru-baru ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.
Ditanya pertentangan di antara Pas dan UMNO yang tidak berkesudahan menyukarkan usaha perpaduan Melayu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku menunjukkan wujud perpecahan dalam Pas.
Katanya, terdapat kumpulan dalam parti itu yang mahu duduk berbincang dan UMNO menunggu perkembangan selanjutnya di pihak Pas.
‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.
‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’ katanya. – Utusan 30 Jun 2009
DUN Perak dijangka bubar, ADUN BN pula paling tadah
Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.
Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.
-----
(Edited): Dua ADUN (Bukan-PR) berkanaan, khabarnya, mempunyai masalah antara seorang dengan yang lain. siyasahsyariyah.blogspot.com/
Pemecah berita: DUN Perak dijangka bubar, ADUN BN pula paling tadah - perakexpress
TERGEMPAR ! DUN PERAK BUBAR ?........ - PakKaramu
Kuala Terengganu baru betul ! Bandaraya Warisan Pesisir Air !
Setiap kali mendung berarak dan langit hitam menyelubungi pantai Batu Burok, para peniaga 12 buah kedai ‘kembar siam’ yang melekat dengan belakang pusat Akuatik, dekat sini, menjadi rungsing dan bimbang.Bukan sahaja pelanggan tidak menghampiri premis mereka, meja, kerusi, sajian serta seluruh kedai akan digenangi air, sekiranya hujan turun dengan lebat.
Abdul Rashid Abdul Wahab, 44, berniaga di kedai nombor 6 berkata, banjir kilat akan berlaku kerana ketiadaan longkang hadapan, menyebabkan air hujan yang turun dari atap, terus mengalir ke dalam kedai.
”Pada mulanya kami berniaga tepi pantai, kemudian berpindah ke tepi jalan, bila pembinaan hospital berlangsung dan premis kedai ini siap, MBKT arah kami pindah masuk,
”mula-mula dulu kami amat gembira, tapi sekarang agak susah sikit keana masalah ini,”katanya ketika ditemui semalam. LAGI (Buletinonline)
Subscribe to:
Posts (Atom)
