01 July 2009

MP Gobala gets death threats



gobala show death threat 010709 01Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini mendakwa menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Gobalakrishnan mendakwa, sms pertama diterima beliau kira-kira pukul 12.47 tengah malam tadi manakala yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.

Katanya, sms yang pertama berbunyi "Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".

Sementara itu, dalam sms kedua yang diterimanya pula tercatat "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."

Golabakrishnan berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya.

"Pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu.

"Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara.

"Saya tidak ingin perkara seperti ini meningkat di Manek Urai nanti dan jika ia berlaku satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dijalankan lagi," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin