Kepimpinan utama mahasiswa meminta kerajaan persekutuan supaya membebaskan segera dua mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Izzudin Zaini dan Mohd Syahruldin Rosli yang ditahan bagi membantu siasatan berikutan kejadian contengan protes ‘anti-Rosmah’ Rabu lalu.
Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali yang juga Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), menyifatkan penahanan dua mahasiswa itu bersifat ultra vires dan bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
“Perkara 5 (4) jelas menyatakan bahawa jika seseorang itu ditangkap oleh pihak polis dalam kes bukan melibatkan imegresen atau ISA, ia hendaklah dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu”
“Tetapi dalam kes ini, sudah lima hari dua mahasiswa tersebut ditahan tetapi mereka masih tidak dibawa ke muka pengadilan dan ini satu percabulan hak asasi yang serius”, ujarnya.
Tambahnya lagi bahawa pihak polis turut mnenyalahi tugasnya apabila tidak membenarkan suspek menemui waris atau peguam dalam tempoh selepas penangkapan dua mahasiswa terbabit.
“Inilah satu lagi percabulan hak kebebasan diri buat dua orang mahasiswa ini kerana mereka perlu diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan mereka ditangkap dan mereka hendaklah dibenarkan berunding serta dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihan mereka sendiri sepertimana Perkara 5 (3) Perlembagaan kita,” katanya.
Ekoran itu, tegas Hisyamuddin lagi, mahasiswa seluruh negara perlu bertindak sekiranya mahasiswa terbabit terus ditindas dan mencadangkan seluruh mahasiswa membantu menanggung kos guaman dalam kes ini.
Katanya, beliau akan berbincang dengan pimpinan mahasiswa Universiti Malaya dan mencadangkan penfailan petisyen habeas corpus dilakukan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.-mahasiswakini
No comments:
Post a Comment