01 July 2009

Salahuddin: Najib takut sahut Debat dengan Mursyidul Am PAS



Sidang media Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mengenai Debat PM-Mursyidul Am PAS di Lobi Parlimen. [30 Jun 2009]

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.

‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.

Najib ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempelawa Najib berdebat dengannya secara terbuka.


Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu menyusul selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, sepatutnya sebelum sebarang perbincangan boleh dilangsungkan, sesuatu pihak itu jangan mengutuk pihak lain.

‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya.

Nik Aziz ketika berceramah di Padang Awam Laloh baru-baru ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.

Ditanya pertentangan di antara Pas dan UMNO yang tidak berkesudahan menyukarkan usaha perpaduan Melayu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku menunjukkan wujud perpecahan dalam Pas.

Katanya, terdapat kumpulan dalam parti itu yang mahu duduk berbincang dan UMNO menunggu perkembangan selanjutnya di pihak Pas.

‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.

‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’ katanya. – Utusan 30 Jun 2009

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese