26 April 2011

Keputusan panggil Anwar bela diri 16 Mei



Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Mei ini untuk mengumumkan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan demikian di akhir kes pendakwaan hari ini.

Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali “lelaki Y” yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah kepunyaan Anwar.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu beliau, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansar di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

4 comments:

Yong said...

Bila terlampau nak memalukan dan menyumbat DSAI ke penjara, orang akan jadi makin simpati pada DSAi. Beliau dilihat sebagai mangsa ketidakadilan. UMPorNO pula dilihat sebagai gerombolan manusia zalim dan bangang! Yang dulu atas pagar menjadi benci. Yang benci menjadi menyampah. Yang menyampah?

Nabil said...

Anwar memang dah tak malu kerana dia menggalakkan perlakuan sex sejenis. Orang yang simpati dan menyokong dia pun sama kerana menggalakkan perbuatan terkutuk oleh Allah sejak zaman Nabi Lut lagi.

zane said...

Nabil,
Bawak beristightar! Awak menuduh orang tanpa bukti 4 saksi lelaki beriman, awak dah jadi fasiq, tau tak?

Tahu apa balasan bagi org seperti awak? mengikut hukum hudud awak kena rotan 80 kali dan tidak dianggap orang yg dipercayai selama-lamanya...

Kalau tidak di dunia, di akhirat esok2, awak memang sah-sah kena bakar! bertaubatlah...

Zulhairi said...

Balik2 4 orang saksi.. Dalam quran pun tak sebut pertuduhan apa yang perlu bawa 4 orang saksi.. 4 orang saksi itu perlu menyaksikan apa secara serentak atau pada masa yang berlainan.. jangan nak tafsir ayat Allah secara salah nanti dosa yang dapat.. takkan orang kene rogol pun tak boleh bawa perogol kemuka pengadilan..Maqasid syariah adalah untuk mengelakkan penginayaan

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin