27 April 2011

Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu



Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.
Khir merujuk kepada kemenangan besar DAP menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April lalu.
"Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui DAP bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keistimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata beliau dalam blognya hari ini.
DAP menegaskan bahawa corak pengundian menunjukkan kemenangan besarnya di Sarawak tidak berpaksi kepada undi Cina sahaja.
Sebalikny parti itu juga mendapat peratusan sokongan membanggakan daripada kaum Bumiputera di negeri itu.

Susulan pilihanraya negeri itu, Utusan Malaysia mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi untuk menyatupadukan orang Melayu dalam memperjuangkan agenda kaum itu.
Bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencanang slogan 1Malaysia.
Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presiden Zahid Hamidi menyokong cadangan Utusan itu.
Khir hari ini turut memberi sokongan kepada gerakan 1Melayu untuk menyatu padukan orang Melayu.
Beliau turut mempertahankan Perkasa yang akan melancarkan kempen 1 Melayu 1 Bumi Sabtu ini di Alor Setar.
"Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tanya Khir.
Menurut Khir, soal slogan 1 Melayu 1 Bumi itu boleh dianggap perkauman atau tidak, bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.
Jika konsep itu bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya.
"Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," tambah beliau.

3 comments:

Anonymous said...

kalu lagu tu kenapa umnogok tak nak ubah perlembagaan.kalu sayang melayu sngat2 sayang tkar pelembagaan kalu ada teloq....

Anonymous said...

Saya adalah orang Islam dan berbangsa Melayu.
Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan oleh khir toyo itu BOLEH LAH SAYA TIMBULKAN SATU SOALAN UNTUK DIFIKIRKAN samada saya boleh percaya atau tidak kenyataan khir toyo itu.Persoalan itu adalah seperti di bawah:

ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MEMPERCAYAI KATA-KATA DARI SESEORANG YANG TELAH MELESAPKAN BANYAK HARTA MELAYU DI SELANGOR SEMASA MENJADI MB DULU?

opisboi said...

ini satu lagi sepecis 1 berok 1 pokok kah..kah..kah sapa yg kayakan tokey pasir cina kalau bukan 1 toyol toyo

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin