25 April 2011

Demo aman PERKASA di Wisma MCA



Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Ia diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

2 comments:

Abang Din said...

Weiii Mat uban,
Bila masa MCA nak gugat negara?
Hang ni bengong ka?
Kalau nak gugat negara, hang tak payah la susah2...polis kat belakang hang tu pun dah cukup. Tak payah la hang nak jerit2 sampai suara tak dak.

Betoi2 bengong la hang ni. MCA tegur benda lain....hang pi mengamuk benda lain.

kah...kah...kah...

BZ said...

Betul tu abang Din!Semuanya sudah
termaktub dalam PERLEMBAGAAN.Perkasam
ini tak tahu Rukun Negara kot?Kita
semua kena terima kenyataan yang
kita hidup dalam berbilang bangsa.
Lahir dan mati kita disini.Perkasam
ni patut DEMO depan rumah Datuk Zaini!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin