22 March 2011

Azmin sedia berhadap dengan Umi Hafilda demi kebenaran



Umi Hafilda dan idris Jusoh di Bandar Jerteh

Ujian getir selama lima tahun yang dialami, akibat fitnah yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali berikrar akan terus menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan adik kandungnya sendiri.

"Saya berdiri disini untuk menyatakan dan mengulangi tekad saya, walaupun mereka menggunakan adik kandung saya tetapi saya berikrar dan saya mahu menyatakan pendirian saya, saya lebih takut kepada Allah SWT daripada takut kepada Umno dan Barisan Nasional,

"saya akan lawan habis-habisan, walaupun saya difitnah, bukan baru sudah lebih 10 tahun,"tegasnya

Azmin berkata demikian ketika mewakili PKR menyampaikan ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno di Jerteh dekat sini Sabtu 19 Mac lalu.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa rakyat Terengganu akan menolak dan menguburkan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) dalam pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Menurutnya rakyat Terengganu kini bangun untuk menyatakan pendirian kerana Umno-BN melakukan kezaliman, perompakan dan rakus merompak harta rakyat.

Katanya, masih ramai rakyat yang susah dan memerlukan pembelaan tetapi pemimpin Umno bermewah-mewah dengan kekayaan yang mereka 'punggah untuk diri mereka dan keluarga mereka.

"Bagaimana majoriti rakyat Terengganu yang umumnya adalah orang Melayu dan Islam, dipijak dan dihin aoleh pemimpin-pemim Umno dan Barisan Nasional,

"negara (kita) yang kaya, yang dianugerahkan oleh Allah dengan hasil mahsul yang luar biasa, tetapi masih ramai rakyat yang susah tidak dapat pembelaan sedangkan pemimpin-peminpin Umno nermewah-mewah dengan kekayaan yang mereka punggah untuk diri mereka,"tegasnya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese