22 March 2011

Paderi gila anti-Islam bakar al-Quran



Paderi gila yang tak faham agamanya sendiri dan terkenal dengan sikap yang anti-Islam, Terry Jones, mengulangi lagi kerja gila yang gagal sebelum ini. Kitab suci Al Quran dibicarakan di mahkamah gilanya lalu beliau menjadi hakim gila yang memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan dijatuhkan hukuman gila, dibakar! Satu sesi perlaksanaan hukuman diatur dengan pembakaran kitab Al Quran di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi gila Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat oleh dunia termasuklah dunia kristian dan dibimbangi oleh tentera-tentera AS yang sedang menceroboh bumi Afghanistan berhubung dengan tindakan beliau untuk membakar Al Quran, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk 'mempertahankan' kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.

Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang gila yang menyertainya.

Seorang penganut kristian gila, Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese