22 March 2011

Video Seks Anwar Dengan Amoi: Laporan polis dibuat



Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam.

“Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?,” soal beliau.

Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut.

“Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin.

“Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan,” katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya.

Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan

Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan.

“Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya,” katanya.

Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa.

“Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan,” tambah beliau.

Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan ‘Hancur Fitnah’ dan ‘Hidup Anwar’.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin