02 November 2010

PRK Galas: Ku Li guna taktik sulit di Galas



PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) akan melakukan serangan besar-besaran terhadap PAS di Galas mulai malam ini hingga hari mengundi Khamis ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

"Mereka akan menggunakan taktik sama seperti di Manek Urai iaitu menggunakan sogokan wang dan barangan untuk menang di Galas," katanya.

Beliau juga mendakwa, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan menggunakan taktik sulit untuk memastikan calon BN, Abdul Aziz Yusof menang dalam pilihan raya kecil Galas.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Halim berkata, "Ku Li akan mengarahkan penyokong-penyokong kuatnya bergerak dari rumah ke rumah untuk memberi wang dan barangan kepada mereka.

"Kumpulan ini yang diketuai seorang yang mengandungi 10 perayu undi di Galas," katanya.

Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa berkata, Ku Li akan melakukan apa sahaja untuk memastikan BN menang di Galas.

Katanya, tokoh veteran Umno dan juga pengarah pilihanraya BN Galas itu mahu menjaga maruahnya.

"Umno Gua Musang selama-lamanya bergantung kepada Ku Li tetapi sejauh manakah pengaruhnya. Sebanyak mana pengaruhnya pada 30 tahun lalu, 20 tahun dan hari ini?" katanya.

Bagaimanapun, pengarah pilihanraya PAS Pusat itu yakin mereka Dr Zulkifli Mohammad yakin boleh menang.

"Tetapi saya tidak dapat meramalkan sebanyak mana undi kemenangan itu," tambahnya. - freemalaysiatoday

1 comment:

Anonymous said...

Kata sumber yang disampaikan kepada aku seketika kali ini biar BN dapat semula kerusi sebab kita nak tengok benarkah segala peruntukan yang diheboh-hebohkan tu benar-benar akan jadi realiti. Kalau tersangkut alamat rakyat di Galas akan tolak UMNO/BN pada PRU 13 nanti. Manusia dipegang janji, kerbau dipegang tali!! Kalau setakat duit poket yang sikit tu nak buat apa? Sekarang ni ekonomi dah merudum!! Harga minyak naik lagi. Harga barang turut terpengaruh.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese