09 July 2010

ESQ Leadership Center Sdn Bhd Akan Meneruskan Program Itu Selagi Tiada Fatwa Rasmi Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan



ESQ Leadership Center Sdn Bhd akan tetap meneruskan program ESQ sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa ke atas program motivasi tersebut. Pengurus Besar ESQ, Marhani Yusof berkata sehingga kini, lima mufti telah memberikan sokongan bahawa program motivasi tersebut iaitu Mufti Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Beliau berkata demikian, pada sidang media di Hotel Pan Pacific di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Penasihat Agama Istana Johor, Datuk Noh Gadot. Semalam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam. Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut sub seksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin