11 July 2010

Empat Minit Terakhir Ceramah Anwar di Kuala Berang



TERENGGANU - Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.

Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.

Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi (Gambar), Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, George Low.

"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,

"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),

"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,

"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.

Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.

Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali. BO

5 comments:

al-brangi said...

salam,

mohon di 'cut and paste' diblog ana.

Anonymous said...

Raja Melayu kena bertindak terhadap Najib tapi malangnya ramai Melayu menyokong UMNO membabi buta. Media tidak menyiarkan kebenaran hanya memandang sudut komersial semata-mata dan takut pada janji manusia sebagaimana yang berlaku pada SAI

Anonymous said...

boleh caya ka cakap dia tu?

j3bat said...

Tah? Boleh pakai lagi ker cakap dia ?

Ahmad Tarmizi said...

Apa yang susah. Kalau tak betul Najib dan Raja Nong chik boleh saman. Saman lah dalam RM100 juta ke, biar bangkrap Anwar. Tak kan diaorang tak nak bersihkan nama yang telah dikotorkan oleh Anwar. Atau memang diaorang ni bukan takat nama aja kotor malah badan pun bau longkang.

Anwar pun bukan lah bodoh sangat main sebut aja nama sesiapa kalau tak betul. Tengok apa respon Najib. Kalau diam tu memang betul la.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin