




Peristiwa ini adalah untuk kali keduanya, seorang peminat berjaya menyusup masuk ke final Piala Dunia 2010 antara Belanda menentang Sepanyol. Peminat itu juga mencuba mengambil trofi asli Piala Dunia. Insiden ini terjadi sebelum final Piala Dunia 2010 di Stadion Soccer City, Johannesburg. Sebelum perlawanan bermula, trofi asli Piala Dunia ditempatkan di tengah lapangan.
Tiba-tiba saja seorang peminat menyusup masuk ke padang. Sambil memakai topi berwarna merah, ia turut membawa kain berwarna merah dan berusaha menyentuh trofi asli Piala Dunia.
Tangan peminat itu sempat menyentuh trofi Piala Dunia, tapi petugas keselamatan bertindak cepat dan berhasil menggagalkan usahanya.
Insiden masuknya peminat ke tengah padang juga berlaku sebelum ini ketika perlawanan semifinal Jerman menentang Sepanyol. Seorang penyokong Itali sambil membawa Vuvuzela dan mengenakan pakaian 'Superman' masuk ke tengah padang untuk memprotes tersingkirnya pasukan Azzurri itu.
1 comment:
Kalau untuk mencuri piala yang sudah tentu dikawal rapi itu boleh dicerobohi oleh pencuri, bagaimana pula maklumat sulit negara boleh bocor? Mesti ada talibarut musuh! Kita amat curiga dengan APCO dan banyak lagi agen musuh yang ada!
Post a Comment