10 July 2010

Isu Negara Islam, ciptaan Umno Untuk Gugat Pakatan Rakyat



KUALA TERENGGANU - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu Negara Islam yang didendangkan media arus perdana kini, sengaja ditimbulkan oleh 'musuh' bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

Isu lapuk itu katanya dibangkitkan sejak 20 tahun lalu, diputar setiap enam bulan sekali dan menjadi senjata terakhir Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kebatilannya.

Namun begitu, kata Anwar yang juga Ketuan Umum PKR, isu tersebut kini langsung tidak menjejaskan Pakatan Rakyat, jelas dibuktikan dalam beberapa siri pilihan raya kecil dari Kuala Terengganu hingga ke Sibu, Sarawak.

“Isu (Negara Islam) ini sudah 20 tahun dibangkit dan 10 tahun dulu sewaktu saya di penjara pun telah dibangkitkan dan sekarang ini pun dibangkitkan lagi.

“Tapi, saya tengok dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu hingga ke pilihan raya kecil di Sibu tidak menjejaskan (Pakatan Rakyat).

“Ini percubaan ‘akhir’ Umno dan Barisan Nasional hendak cuba melemahkan Pakatan Rakyat. Itu sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Seharum dan Pilihanraya Parti KeADILan Rakyat Peringkat Negeri Terenggaunu di Dewan Hotel Kenangan, dekat sini, 9 Julai lalu.

Katanya, isu rekaan Umno seperti Negara Islam merupakan isu ‘berkala’ atau ‘drama’ bersiri yang sering kali diulang-ulang hampir enam bulan sekali.

“Masalah (isu) ini rekaan Umno untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat tetapi dia (Umno-BN) telah cuba dan hampir setiap enam bulan sekali dibangkitkan isu ini. Isu ‘berkala’, ‘drama’ banyak siri,” ujarnya.

Selain itu, beliau mendakwa sambutan rakyat terhadap parti-parti kompunan Pakatan Rakyat seperti PAS, DAP dan PKR jauh lebih baik dari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Katanya, antara negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kini mempunyai jumlah keanggotaan, jentera, kegiatan serta program yang cukup baik.

“Parti KeADILan (PKR), PAS dan DAP sekarang ini jauh lebih kuat di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka berbanding sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, tahun 2008.

“Dari segi keanggotaan, dari segi jentera, dari segi kegiatan dan program. Apakah ia cukup memuaskan, itu kita (parti) boleh buat penilaian. Apa yang nyata jauh lebih hebat dari sebelumnya,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai saman Menteri terhadap Parti KeADILan Rakyat mengenai isu ‘Felda Bangkrap’, Dato’ Seri Anwar menyifatkan suatu perkembangan positif bagi rakyat.

Katanya, isu orang Melayu yang menjadi peneroka di Felda kini mula ‘terdedah’ dan ‘diketengahkan’ untuk diketahui umum.

“Pada saya (Isu Felda) bagus, bagi saya ini suatu perkembangan yang positif kerana isu Felda sekarang ‘terdedah’ dan ‘ketengah’. Orang (rakyat) akan mula tertanya-tanya, kenapa isu ini berbangkit.

“Kita (Pakatan Rakyat) ada jasa kita untuk membela nasib orang Melayu terutamanya dan peneroka Felda yang terpinggir.

“Apa janji Tun Razak. Kata dia (Razak) tidak sekali-kali kita (kerajaan) akan ambil tanah peneroka. Itu janji dia (Razak) di Parlimen dan kita (pembangkang) ulang kenyataan dia (Razak). Apa yang berlaku sekarang banyak tanah tergadai,” tegasnya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese