28 April 2010

PRK Hulu Selangor; BN Peralatkan Pelajar Sekolah Ganggu Program Pakatan Rakyat



Pemuda PAS Terengganu kesal BN memperalatkan pelajar sekolah untuk menganggu program Himpunan Warga Felda Kebangsaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Desa maju, Sungai Tengi 24 April lalu,

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Desa Maju, berkenaan perkara tersebut.

”Saya diberitahu oleh beberapa penduduk kampong dan oleh Pengerusi JKKK sendiri, budak-budak yang berarak, membuat bising dan menganggu program Pakatan Rakyat di Sungai Tengi adalah terdiri dari kalangan pelajar sekolah,”ujarnya kepada Buletinonline semalam.

Menurut Faizul, pelajar tersebut telah diarahkan oleh seorang guru sebuah sekolah tempatan, tetapi berasal dari negeri Johor.

Sehubungan itu, beliau telah berbincang dengan Pengerusi JKKK dan pihak pentadbiran kampong tersebut akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian pelajaran.

Pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menjadi kecoh apabila konvoi lebih 50 motosikal telah membuat bising dan menganggu majlis perasmian penutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan.

Kira-kira jam 5.45 petang gerombolan yang membabitkan penyokong BN terus menganggu ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, meski pun telah dinasihatkan supaya berhenti dari berbuat demikian.

Provokasi kumpulan pemuda bermotosikal telah menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan berlaku ketegangan serta pertengkaran menyebabkan suasana kelam kabut.

Insiden ‘lima minit’ itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis ke tempat kejadian, tidak lama kemudian. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin