28 April 2010

Zaid Mahu Kemuka Petisyen Isytihar Kemenangan Umno BN Tidak Sah



Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen meminta mahkamah mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai tidak sah kerana sikap berat sebelah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Calon Pakatan Rakyat itu memberitahu wartawan bahawa beliau juga akan menyaman Utusan Malaysia kerana menabur fitnah kononnya beliau seorang kaki arak sepanjang kempen lapan hari pilihanraya kecil itu.

Calon Barisan Nasional P. Kamalanathan memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 1,725 meskipun Umno-BN menabur pelbagai sogokan kepada pengundi, khususnya peneroka Felda dan penduduk cina.

Dua hari sebelum mengundi, peneroka Felda Sungai Buaya diberikan RM50 ribu setiap seorang untuk menangani masalah tanah mereka yang berlarutan sekian lama.

Penduduk di sebuah perkampongan Cina pula dijanjikan RM 3 juta untuk pembinaan sebuah sekolah Cina, dengan syarat BN menang pilihanraya kecil itu.

Semua ini dilihat sebagai sogokan jelas dan terang terhadap pengundi namun Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengambil sebarang tindakan.

Dalam kes Utusan Malaysia, akhbar itu menabur fitnah dengan menggelar Zaid sebagai kaki botol walaupun beliau sudah lama bertaubat atas ketelanjuran itu pada zaman zilamnya.

2 comments:

Anonymous said...

Apalagi Zaid, dah kalah tu buat le kira kalah, sedarlah bahawa org Melayu dah meluat tengok muka mu

Anonymous said...

Secara psikologinya semangat pakatan rakyat memang lah tengah 'down' skrg..tapi perlu diingat diluar sana.,diatas padang yg rata.,digelanggang seadil-adilnye pastinye BN akan Be End..InsyaAllah.siap sedia PRU 13 !

kpd Pakatan Rakyat sekiranye ade lagi pilihan raya kecil selepas ini..,xpun PRU 13..,14...,walaupun menang or kalah dn wujud penyalahgunaan kuasa,fitnah yg tdk betul,pendek citer langgar peraturan sepanjang kempen pilihan raya r..ambik tindakan undang2..jgn hanye bila kalah aje nk ambik tindakan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin