01 March 2010

2 Panel Hakim Tarik Diri, Permohonan Anwar Ditunda



PUTRAJAYA : Dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman fitnah beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff berbuat demikian selepas peguam, Karpal Singh meminta mereka berbuat demikian kerana terlibat dalam perbicaraan mengenai pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Meneteri sebelum ini.

Panel tiga hakim Mahkamah tertinggi Negara dijadual mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnah Anwar terhadap Mahathir sebelum ini.

Anwar menfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Mahathir kerana mantan perdana menteri it terus menfitnah beliau setelah memecatnya dari kerajaan dan umno pada tahun 1998.

Saman fitnah itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas alas an ia tidak difailkan dalam Bahasa Malaysia.

“Hari ini kami membuat satu permohonan untuk dua hakim, Datuk Zulkifli dan Datuk Hashim Yusoff untuk menarik diri sebagai hakim perbicaraan hari ini.

“Kerana dalam kes Tun Dr. Mahatir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dalam kes itu kedua-dua menarik diri dan adalah lebih baik kedua-dua hakim ini berbuat demikian dan hakim ini bersetuju dan oleh itu kes ini akan ditangguh barangkali pada minggu depan untuk mendapat dua hakim lain,"katanya.

Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan prosiding sehingga minggu hadapan bagi menggantikan tempat 2 panel hakim itu. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese