01 March 2010

Fairus Bukan Perkara Besar - Anwar



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin keluar parti, bukan perkara besar.

Beliau dipercayai merujuk kepada banyak masalah membabitkan kepentingan negara yang perlu diberi perhatian berbanding gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan.

"Adakah itu perkara besar?"

Begitu jawapan Anwar ketika ditanya sekumpulan pemberita di Mahkamah Persekutuan Putrajaya apabila diminta mengulas tindakan bekas ADUN Penanti itu.

Dalam pada itu, tindakan Fairus belot dari memperjuangkan dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata tidak mengejutkan pimpinan parti itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman berkata, menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Umno-Barisan Nasional untuk menguburkan PKR.

Bagaimanapun katanya, Fairuz bukanlah kehilangan besar dalam PKR, malah PKR tidak terjejas dengan tindakan itu.

1 comment:

Anonymous said...

Alaaa.... Kalau 20 Fairuz sehari keluar PKR pun apa kesannya.?? Masa inilah masa sapa2 yang tak boleh ikut rentak tarian..., patut cepat2 keluar...

Zulkifli Mordin bila lagi?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese