12 February 2010

Muhyiddin 'Becakap Melalui Hidung'

PERC: Muhyiddin Nafi Ketika Rakyat Akui



Majoriti rakyat Malaysia mengetahui Laporan Firma Perunding Risiko Politik dan Ekonomi (PERC) berpangkalan di Hong Kong yang melabel Malaysia sebagai negara yang semakin tidak stabil, memang menggambarkan suasana sebenar negara ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Boon Chye menyifatkan penyangkalan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai tindakan mengarut kerana laporan itu jelas berasas.

Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui masalah berkaitan integriti institusi kehakiman, kemelut isu kalimah Allah dan kehilangan enjin pesawat yang disentuh dalam Laporan PERC.

"Ramai rakyat peringkat bawahan tahu ada masalah besar. Dari segi BN lawan rasuah, sistem kehakiman dan krisis ekonomi. Memang rakyat tidak yakin BN berupaya melawan masalah," katanya kepada TV Selangor.

Ahli Parlimen Gopeng itu, bagaimanapun kesal kerana semua pemimpin Umno termasuk Muhyiddin hanyut dalam sindrom penafian dan enggan mengakui masalah, apatah lagi memperbetulkannya.

"Ini tidak membantu memulihkan keyakinan pelabur asing. Kalau pimpinan utama BN masih tidak mengakui ada masalah, ini adalah masalah," katanya.

Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini, menyangkal Laporan PERC yang dianggapnya mengarut, bahkan menggambarkan kandungan laporan itu sebagai 'bercakap melalui hidung'.

Laporan PERC yang dikeluarkan akhir Januari lalu memberi gambaran situasi di Malaysia semakin tidak stabil, dengan antaranya merujuk kes konspirasi kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu serangan gereja dan masjid serta kecurian enjin pesawat.

Laporan itu juga menyatakan ia berpunca dari gelagat segelintir elit yang menguasai pentadbiran hingga menjejaskan minat pelabur dan tidak negara selain Malaysia yang terjejas lebih teruk. TVS

2 comments:

Anonymous said...

Diperhatikan kebelakangan ini banyak media luar berminat memberi laporan mengenai negara.

Laporan-laporan ini agak berbaur negatif. Minat negara asing terhadap Malaysia memang sudah lama tetapi motif mereka agak dikhuatiri kerana seperti hendak mencampuri hal-ehwal negara.

Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati mempertahankan negara walau pun kita tidak puas hati.

Apa yang dialami negara sekarang lebih kepada propaganda politik dan cuba untuk menggunakan media asing supaya melihat akan kekurangan negara. Ini seperti membuka pekung kita sendiri. Kelemahan demi kelemahan yang cuba dipaparkan oleh media asing ini hanya akan melemahkan negara kita di mata dunia. Sekiranya kita sudah pergi jauh ke Indonesia atau Afrika, kita akan lebih menghargai apa yang kita peroleh di Malaysia.

kpasu guy said...

Salam Anon 1213...

Sepatutnya Malaysia serta rakyatnya mendapat kemakmuran yang lebih baik lagi jika Malaysia diurus tadbir dengan cekap.tanpa rasuah, boros, ketirisan dan sebagainya.

Sampai bila kita hendak hidup dalam kepura-puraan dan tidak ambil peduli apa sebenarnya berlaku. Kita sebagai rakyat ada kuasa untuk bertindak sesuatu demi anak bangsa dan negara kita.

Adakah media kita telus.... Rakyat hanya disajikan dengan kemanisan. Apa salahnya berterus terang dan mengajak rakyat menerima kenyataan agar sama-sama berganding bahu membina dan menampal kembali kerosakan yang telah berlaku.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin