12 February 2010

Kibar bendera K’tan Mac ini; bantah wang ehsan - Gegar

Bersempena hari keputeraan Sultan Kelantan dan sepanjang Mac depan, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru semua rakyat Kelantan mengibarkan bendera negeri itu sebagai bantahan ke atas wang ehsan tajaan Barisan Nasional.

"Berikutan keprihatinan ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, kami mohon rakyat Kelantan tidak kira di mana mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri ini di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac depan," demikian kata Pengerusi Gegar Dr Abdul Halim Yusof dalam suatu kenyataan media baru-baru ini.

Tambah beliau, tindakan mengibarkan bendera Kelantan itu bertujuan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap usaha bersama rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian 1975 yang telah dimeterai.

"Tindakan itu juga menandakan sokongan rakyat Kelantan untuk mendokong semangat Persekutuan Malaysia; dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan; justeru ia hendaklah diberikan hak-haknya menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai itu," kata beliau lagi.

Selain itu, tambah Dr Abdul Halim, tindakan mengibarkan bendera tersebut adalah sebagai lambang kepada sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan.

"Bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan boleh menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada Sultan dengan tindakan tersebut.

"Gegar menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan agar terus berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan rahmah inayahNya kepada Sultan Kelantan," kata beliau lagi. erapakatan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin