12 February 2010

Zahrain keluar PKR, bertindak MP Bebas

Kenyataan Media Y.B. Mansor Hj. Othman Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang



PETALING JAYA — Setelah dua minggu menafikan akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim (gambar) hari ini mengumumkan pendiriannya meninggalkan parti itu dan akan berperanan sebagai wakil rakyat Bebas.

Ia diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu di sini pagi ini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR pertama berbuat demikian.

Sejak mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Zahrain telah beberapa kali menafikan akan keluar PKR.

Hari ini Zahrain memberitahu wartawan beliau mula meragui kepimpinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk tindakan-tindakan Lim yang menurutnya “cauvinis, diktator dan berfikiran komunis.”

Selain beliau beberapa Ahli Parlimen yang lain dikatakan akan keluar menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Atas nama Allah, saya ingin umumkan peletakan jawatan saya dari PKR,” kata Zahrain sambil menambah akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Parlimen.

Zahrain merupakan pemimpin PKR yang telah dirujuk kepada lembaga disiplin akhir bulan lalu.

Selain Zahrain yang lain dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Datuk Zaid Ibrahim. themalaysianinsider

1 comment:

Anonymous said...

Dia ni juga spesis katak yang tak makan nyamuk tapi metekedarah benda lain. Ciss!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin