14 January 2010

“Kenapa SPRM tak panggil Nazim, Deepak?” - Shamsul Iskandar



Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuma mengambil kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam sahaja diselar kerana wujudnya sikap berat sebelah dalam siasatan tersebut.

"Kenapa SPRM tak ambil kenyataan dan siasat Nazim dan Deepak?" kata Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin ketika mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed baru-baru ini.

Abu Kassim dalam kenyataan terbarunya berkata, SPRM bersedia memanggil Bala untuk meneruskan siasatan berhubung akuan bersumpahnya itu walaupun penyiasat pensendirian itu berada di luar negara dan akan terus menyiasat dalam serba kekurangan prasarana.

Balasubramaniam mengundang kontroversi apabila pada 3 Julai 2008, beliau muncul dan mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun keesokannya, beliau menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua dalam satu sidang media sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya

Balasubramaniam juga mengaku bahawa beliau pernah bertemu adik Perdana Menteri Mohd Nazim Abdul Razak dan Deepak yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangannya di luar negara sebelum ini.

"Jadi, apakah kerana Nazim itu adik Perdana Menteri, maka Nazim tidak dipanggil oleh SPRM?" kata Shamsul Iskandar ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

SPRM mahu menyiasat Balasubramaniam ekoran rakaman cakera padat (CD) yang dikatakan mengandungi lapan perkara mengenai penyiasat persendirian kepada penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda itu.

Antara lapan perkara yang terdapat dalam CD itu ialah isu wang RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008, ugutan terhadap keluarganya, penerimaan RM750,000 oleh Balasubramaniam dan RM800,000 kepada keluarganya termasuk paksaan akuan sumpah yang disediakan.

"Kita alu-alukan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mahu menyiasat Balasubramaniam itu. Tapi, itu cuma kenyataan dan bukannya tindakan. Jadi, kenyataan beliau itu saya sanggah kerana beliau seolah-olah tidak memahami bahawa dalam negara ini, banyak perkara boleh hilang, dan dihilangkan, enjin pesawat boleh hilang.

"Dan, apa jaminan sekarang ini kalau Balasubramaniam tidak hilang sekali lagi?" soal beliau. Era Pakatan

3 comments:

Anonymous said...

Kerbau rabit hidung pun dapat menjawab soalan kenapa SPRM tidak memanggil dipak dan nazim. SPRM terlalu baghallah kalau mereka berdua tu dipanggil.
Kalau SPRM memanggil mereka berdua tu, bermaknalah si bala tu benar belaka, tak ada yg tak benar melainkan benar.
Betulkah bala tu begitu oaraNGnya?

wmi

kluangman said...

Bahalol punya kaldai, kalau siasatan dan kendyataan dari Bala belum dapat di ambil sepenuhnya, jangankan Nazim atau Deepak, unta pun tidak boleh dipanggil.

Ibu Pejabat SPRM bukan di kedai kopi untuk 'dengar' dan 'ambil tindakan' atas sebarang cakap cakap di kedai kopi.

Akta SPRM bukan macam surat khabar harakah yang tabur fitnah hari hari.

Keadilan adalah untuk semua, bukan untuk 'asyik asyik' Anwar sahaja. Boringlah budak mentah ni..

Anonymous said...

Berat sebelah? Memang DACING (BN) dah senet pun, cuma tunggu nak jatuh saja. Sekarang tak ada orang nak betulkan! PM dan TPM tak ada dalam negeri. Entah berapa banyak perbelanjaan habis tak taulah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin