14 January 2010

Karpal nafi Guan Eng enggan beri kenyataan polis


Karpal warns police to lay off Guan Eng

Pengerusi DAP Karpal Singh menafikan dakwaan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kod Prosedur Jenayah, Sabtu lalu.

Menurut Karpal, Lim sebelum itu, meminta diberikan salinan laporan polis mengikut Seksyen 112, yang memerlukan kenyataan perlu dicatatkan.

“Dalam kenyataannya, Ketua Menteri menjelaskan bahawa beliau bukan enggan memberikan kenyataan tetapi perlukan satu salinan laporan polis,” sambil menambah bahawa laporan polis akan memastikan apa sahaja beliau katakan adalah yang benar kerana beliau terikat dengan kebenaran.

Karpal menambah di bawah Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

“Ia adalah perlu dalam undang-undang, bagi seseorang pegawai polis mencatatkan kenyataan di bawah Seksyen 112 untuk memberikan seorang saksi sebelum memberikan kenyataan, laporan polis berkaitan kanyataan diambil bagi membolehkan saksi itu, dalam konteks ini dakwaan dalam laporan tersebut untuk menyatakan kebenaran,” kata beliau.

Semalam, akhbar melaporkan bahawa Khalid memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut.

Lim sedang disiasat kerana dakwaaan mengeluarkan kenyataan hasutan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat bahawa kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh di Shah Alam pada 19 Dis lalu. themalaysianinsider

1 comment:

Anonymous said...

Kesian PDRM jadi kuda tunggangan BN!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin