15 January 2010

Nurul Izzah Bimbang Anasir Politik Sekat Kebenaran Perbicaraan Qazaf Anwar



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bimbang unsur politik akan menjadi penghalang kepada kebenaran dalam perbicaraan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditemui oleh Tv Selangor, beliau berasa sedikit kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan permohonan qazaf bapanya ke atas bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada 17 Februari depan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah tetap optimis, kes liwat II yang melibatkan ayahnya dapat diselesaikan.

" 17 Februari kami tunggu tapi memang nampak sangat dalang politik.

Semalam hakim Mohd Syukor Sabudin menetapkan tarikh 17 Februari selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta tarikh lain ditetapkan untuk memfailkan bantahan mereka.

Bantahan awal itu berasaskan kepada tiga alasan iaitu apakah bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara tersebut, prosedur permohonan yang tidak dipatuhi oleh Anwar dan juga status peguam Anwar, Zulkifli Nordin yang dikatakan berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Izzah berkata, jika persoalan bidang kuasa Mahkamah Syariah dibangkitkan sedang Malaysia merupakan negara Islam, maka Malaysia berhadapan dengan masalah yang begitu serius.

" Saya kira memang. Kalau kira bercakap, kita sayangkan negara Malaysia, Islam itu agama rasmi. Justeru apa juga usaha untuk memerangi fitnah itu merupakan satu tuntutan Islam yang utama. Apabila Mahkamah Syariah diperlakukan seolah-olah seperti dibelakangkan daripada Mahkamah Sivil atau mahkamah biasa, saya rasa ada masalah besar di situ".

Diuja dengan persoalan, adakah penangguhan ini bagi memastikan perbicaraan di Mahkamah Sivil berjalan terlebih dahulu dan untuk memastikan kredibiliti saiful terus terjaga?

Izzah berpandangan, maruah saiful telah tercalar ketika tiadanya bukti klinikal diperoleh oleh tiga pakar perubatan yang menjalani ujian DNA ke atas Anwar.

" Jelas mana-mana pertuduhan bila kita kemukakan bukti bahawa tuduhan tersebut tidak boleh disokong dengan adanya bukti perubatan, itu sudah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau.

"Kami dapat merasakan memang ada penagruh politik apabila perbicaraan berlangsung 25 Januari ini. Pertamanya pertemuan Saiful dengan setiausaha kanan Perdana Menteri sekarang, sampai hari ini tidak diperjelaskan" katanya.

Tiga responden telah dinamakan oleh Anwar dalam permohonan qazaf atau tuduhan palsu terhadapnya iaitu ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar sebelum ini memfailkan pemohonan qazafnya pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan.

Anwar kini sedang berdepan dengan perbicaraan terhadap tuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Anwar memohon Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah. TVS

1 comment:

Anonymous said...

Kalau ada campurtangan politik dalam negara, dapatkan suara dari luar negara tapi berwaspada dengan pihak yang dianggap musuh!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese