01 June 2009

Presiden PAS di Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18

Dato Seri Tuan Guru sedang ditemuduga mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia oleh Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden makan malam semeja dengan Prof. Dr Necmettin Erbakan (Bekas Perdana Menteri Turki), Mr Recai Kutan (Presiden, Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial), Prof. Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party), dan Ustaz Rashid Ghanoushi.

KUALA LUMPUR - Bertempat di Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) pada 28 hingga 30 Mei lalu, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) di Istanbul.

Dalam Kongres yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi itu, Presiden telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam sesi protokol.

Beliau dalam ucapannya menjelaskan berkenaan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Beliau yang berucap selepas ucapan Presiden Saadat Party Prof Dr Numan Kurtulmus dan Mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani itu turut diwawancara Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia.

Turut kelihatan bersamanya dalam sesi makan malam ialah Bekas Perdana Menteri Turki, Prof. Dr Necmettin Erbakan; Presiden Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial, Mr Recai Kutan; Presiden Saadat Party, Prof. Dr Numan Kurtulmus dan Ustaz Rashid Ghanoushi. pas.org.my

Dato' Mahfuz mengulas mengenai pemilihan dalam muktamar.



Sidang Media Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar mengulas mengenai Pemilihan Dalam Muktamar PAS ke 55 (2) pada 1 Jun 2009 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Nik Aziz gembira jika benar wujud erdogan dalam PAS



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Erdogan (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN”

Berita berkaitan: Manek Urai- Nik Aziz mahu calon imej ulama, profesional

Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU

Ucapan Kemenangan Datuk Mansur Othman



Ucapan Kemenangan Datuk Mansur Othman sempena kemenangan beliau di PRK N12 Penanti.

Dato' Mahfuz mahu gaji Najib dipotong RM10.00 sekali sebagai hukuman!



Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Perdana Menteri dengan memotong gajinya sebanyak RM10.00 sekali saja.

Beliau menempelak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pertama kerana berbohong kepada rakyat. Najib berbohong apabila sebelum ini membuat kenyataan, mendakwa negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.

"Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara. Dato' Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila dewan rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti," tegas Mahfuz.

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

UNDI TIDAK PERCAYA PADA MAT SAID

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

Ekslusif ANTV - Wawancara Dengan Manohara



Wawancara ANTV Dengan Manohara (2/4),(3/4) & (4/4)

Malaysiakini:
Manohara dakwa 'diperlaku seperti binatang'
Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT

Truth Appeared: Tuduhan yang JAHAT.

Temubual dengan Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS.



Temubual dengan calon Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelang Muktamar PAS yang ke-55

Proses pembebasan Manohara di Singapore. 31/05/2009



Liputan team Global Malam seputar prosesi pembebasan Manohara di Singapura. dok: GlobalTV. (31/5/2009).

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin