01 June 2009

Presiden PAS di Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18

Dato Seri Tuan Guru sedang ditemuduga mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia oleh Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden makan malam semeja dengan Prof. Dr Necmettin Erbakan (Bekas Perdana Menteri Turki), Mr Recai Kutan (Presiden, Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial), Prof. Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party), dan Ustaz Rashid Ghanoushi.

KUALA LUMPUR - Bertempat di Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) pada 28 hingga 30 Mei lalu, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) di Istanbul.

Dalam Kongres yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi itu, Presiden telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam sesi protokol.

Beliau dalam ucapannya menjelaskan berkenaan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Beliau yang berucap selepas ucapan Presiden Saadat Party Prof Dr Numan Kurtulmus dan Mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani itu turut diwawancara Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia.

Turut kelihatan bersamanya dalam sesi makan malam ialah Bekas Perdana Menteri Turki, Prof. Dr Necmettin Erbakan; Presiden Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial, Mr Recai Kutan; Presiden Saadat Party, Prof. Dr Numan Kurtulmus dan Ustaz Rashid Ghanoushi. pas.org.my

1 comment:

Anonymous said...

Nak menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam,memang dah lama cerita ini.Sejak berabad nan lalu umat Islam berterusan dalam kemiskinan.Abad ke-20 telah bangkit komunisme untuk membela golongan tertindas/marhean dan berjaya di Rusia,China dan Vietnam.Kini negara yang majoriti Islam masih tercorok walaupun ALlah membekal hasil bumi yang banyak tetapi gagal mengurus lantaran kebodohan pemimpinnya. Kenapa mereka masih terus berada dalam tempurung kebodohan ?......

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin