01 June 2009

Nik Aziz gembira jika benar wujud erdogan dalam PAS



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Erdogan (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN”

Berita berkaitan: Manek Urai- Nik Aziz mahu calon imej ulama, profesional

Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese