11 December 2009

Tindakan Malaysiakini cuba lagakan pimpinan PAS dikesali

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan cara laporan Malaysiakini yang cuba melaga-laga kepimpinan PAS dalam isu dana masjid yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping.

Dengan mengunakan tajuk "PAS tidak sepakat isu dana bina masjid", Malaysiakini cuba membentuk pemikiran pembaca supaya melihat seolah-olah Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin Mat Isa berbeza pandangan dengan Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli.

Jika diamati kenyataan Timbalan Presiden dan Bendahari PAS itu, kedua-duanya jelas tidak menghalang Ahli Parlimen Taiping dari mengemukakan pandangan berhubung isu itu. PAS jelas mahu isu ini tidak dibincangkan secara terbuka dan mahu mengunakan saluran yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif pihak-pihak yang berkepentingan seperti Umno yang gagal memberikan hujah dalam menjawab isu ini.

Tindakan Malaysiakini juga dilihat sama seperti Utusan Malaysia yang mengunakan tajuk kontraversi dalam isu ini bagi menimbulkan kemarahan pembaca. Utusan Malaysia mengunakan tajuk "Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid" dan secara spontan rakyat yang membaca tajuk itu boleh memberikan respon yang negatif.

Dalam isu ini, PAS jelas tidak menyalahkan Ahli Parlimen Taiping kerana membangkitkan isu peruntukan itu, tetapi mahu pendedahan itu dibuat dengan cara yang lebih baik agar pihak-pihak yang emosional dalam Umno dan NGO pro-Umno tidak melatah seperti hari dan menuduh beliau sebagai cuba mewujudkan ketegangan Agama.

Diharapkan agar pihak Malaysiakini dan media lain tidak menangguk diair keruh hingga sangup mengunakan cara yang tidak berhemah bagi menarik perhatian pembaca.

DPPWP mahu Malaysiakini mengubah atau menarik semula artikel berkenaan dengan segera dan menyatakan fakta yang betul supaya rakyat boleh memahami hasrat sebenar Ahli Parlimen Taiping dan pimpinan PAS.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese