11 December 2009

Kempen baju merah desak royalti minyak Kelantan

KOTA BARU — Selepas baju kuning dan baju hitam, kini baju merah sebagai tanda protes.

Jika anda menyokong royalti minyak Kelantan, anda digalakkan mengenakan baju merah setiap Jumaat ketika berada di Kelantan.

Sebaliknya jika berada di luar Kelantan, baju merah boleh dipakai pada setiap Ahad dan hari cuti umum.

Mesej ini dipaparkan oleh laman web khas yang dibangunkan ekoran pertikaian royalti minyak membabitkan Kelantan dan kerajaan pusat.

"Mari memakai baju berwarna merah sebagai bantahan terhadap penafian hak royalti petroleum rakyat Kelantan. Bantahan kerana kerajaan Malaysia telah melanggar perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Pakai baju merah pada setiap Ahad atau cuti umum (untuk luar Kelantan) dan pada hari Jumaat untuk Kelantan (kalau boleh pakai untuk solat jumaat)

"Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, kompleks beli-belah dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan dalam laman grup," sebut mesej yang dipaparkan laman web berkenaan.

Ia dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala rekod fakta, berita, aktiviti jelajah, ceramah umum dan hab kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPK).

GMRPK kini mengadakan kempen secara besar-besaran agar Kelantan mendapat royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Mereka juga ada facebook..

Yang menariknya, mereka menyarankan agar orang ramai memakai baju merah secara beramai-ramai semasa menunaikan solat Jumaat dan kemudian berkumpul ramai-ramai.

Kempen ini diadakan ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal bulan lalu mengumumkan Kelantan hanya akan menerima wang ihsan bukannya royalti.

GMRPK merupakan pakatan generasi muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum yang dinafikan oleh kerajaan pusat.

Ia berperanan sebagai enjin pemupuk kesedaran masyarakat bahawa royalti Kelantan adalah hak mutlak rakyat negeri itu dan tindakan Putrajaya menafikannya adalah jelas tidak bertangungjawab.

Selain itu, mereka merancang untuk mengadakan pertemuan pertama pada pukul 2 petang di Kedai Hitam Putih, Aras 2, Medan Usahawan di sini esok. themalaysianinsider

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese