23 November 2009

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SPR, Arah Pilihanraya Kota Siputeh



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya membekukan arahan mahkamah supaya pilihanraya kecil diadakan di Dun Kota Siputeh, Kedah.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berpendapat bahawa SPR tidak mempunyai sebab-musabab kuat menghalang pilihanraya kecil dari di diadakan.

Mahkamah berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mengadakan pilihanraya, dan SPR tidak mempunyai alasan kuat untuk enggan menjalankan tugas itu.

Keputusan ini dibuat selepas peguam Kamaruddin Md Said yang mewakili SPR mendakwa faktor kewangan tidak memungkinkan pilihanraya dapat diadakan.

Minggu lalu, Hakim Azitul berkata SPR telah berlaku salah kerana tidak mengisytiharkan kerusi Kota Siputeuh kosong selepas Adun Abu Hasan Sarif dari Umno gagal menghadiri sidang dun dua kali berturut-turut.

Beliau mengarahkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari bermula 16 November.

Peguam Mohd Hafarizam Harun mewakili Adun Umno yang tewas akan memohon keputusan mahkamah hari ini dibekukan.

"Saya telahpun berbincang dengan anak guam saya, dan dia telahpun beri arahan jadi kami akan bawa perkara ini ke mahkamah atasan lah untuk memohon pengangguhan ataupun apa," kata Hafarizam. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese