23 November 2009
Keputusan Batal Kes Fitnah Anwar 1 Disember Depan
Keputusan permohonan gugur kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dibacakan pada 1 Disember depan.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan kedua belah pihak.
Peguam Sivarasa Rasiah dari pasukan peguambela berkata penghujahan menjurus kepada 1 faktor utama yang dipandang sepi oleh pemerintah dan pasukan pendakwaraya iaitu tiada kesan liwat pada dubur penuduh, Saiful Bukhari Azlan.
"Pihak kami memohon untuk membatal atau menggantung kes ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang tidak dipertikaikan lagi. Dari keterangan ini sahaja, ia bermaksud pendakwaan ini tidak akan berjaya," kata Sivarasa.
Anwar memfailkan akuan bersumpah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun tahun ini bagi menggugurkan kes fitnah ini.
Permohonan dibuat berdasarkan kepada laporan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13 Julai tahun lepas yang mengesahkan laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur yang mendapati bahawa penuduh tidak pernah diliwat.
Anwar ketika ditemui di mahkamah berkata keterangan doktor jelas menunjukkan bahawa dirinya telah difitnah pihak tidak bertanggungjawab.
"Tidak ada kesan sama-sekali adanya kemasukan maka hendak terus bicara soal apa? Tidak pernah dalam mana-mana kes jenayah seks dunia di mana keterangan doktor begitu jelas termasuk pihak doktor yang ditentukan oleh pendakwa dan polis," kata Anwar. TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment