28 October 2009
Lintas Langsung Sidang DUN Perak (2)
IPOH - Sekitar jam 10.20 pagi, ahli dan penyokong PAS dari sluruh negeri Perak yang hadir telah mengadakan munajat rakyat agar Perak selamat dan persidangan Dun Perak bersih daripada unsur provakasi samseng UMNO.
Mereka telah menunaikan solat hajat beramai-ramai depan kawalan polis, berhadapan dengan bangunan Perak Darul Ridzwan.
Menurut Yang Dipertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Nordin Bentara yang ada dalam DUN Perak telah ditukar dan diganti dengan anggota polis.
"15 bentara telah ditukar,semuanya bentara palsu,mereka inilah yang akan mencetuskan suasana tidak harmoni,"kata Ustaz Nordin sewaktu ditemui selepas munajat rakyat sebentar tadi.
Sebaik sahaja ADUN Pakatan Rakyat dapat masuk ke dalam DUN Perak pada jam 10.35 pagi, mereka telah memulakan sidang DUN dengan bacaan doa dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Idham Lim.
Ketika itu, Speaker BN, Ganesan mencelah dan mengatakan sidang DUN telah dimulakan dan telah pun ditangguhkan sebentar tadi.
Dilaporkan, Ganesan telah menangguhkansidang DUN yang dimulakannya sehingga jam 11.20 pagi setelah Menteri Besar BN, Zambry membentangkan bajet.
Selepas Idham Lim membacakan doa, Sivakumar membuat pengumumamn Sidang DUN dimulakan dan meminta ADUN bertafakur selama seminit, mengenang peristiwa yang meragut nyawa dalam perkhemahan 1Malaysia, di Kual Dipang, Kampar semalam.
Kemudian, Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato' Seri Nizar Jamaludin telah bangun dan mengemukakan usul supaya semua program PLKN dan perkhemahan 1Malaysia dihentikan serta merta.
Usul kedua pula telah dibentangkan sekitar jam 11.10 pagi, oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang merupakan usul terima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak kerana prestasi cemerlang berdasarkan laporan ketua audit negara.
Sekitar jam 11.15 pagi, Ganesan telah memulakan sidang DUN BN, untuk membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh MB BN Zambry, namun ADUN PR telah meneruskan sidang mereka dan berlaku jerit-menjerit dan kekecohan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment