28 October 2009

Sivakumar - tiga usul diluluskan, tempat sulit Adun Pantai Remis diceroboh, merampas jubah, mencekik sehingga tidak boleh bernafas.

12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan.

Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.

12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.

Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh.

11.58 am : Sidang media di perpustakaan.

YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.

Sumber: idhamlim.blogspot.com/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin