31 October 2009

Di antara tuduhan UG dan tuduhan keganasan - Iskandar Abdul Samad

Akhirnya AJK PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat khas mereka Rabu lepas. Mesyuarat yang pada mulanya dikatakan untuk membincangkan EGM tetapi berdasarkan keputusannya telah menjadi gelanggang bagi beberapa pihak untuk menyembelih PAS Selangor terutamanya Pesuruhjayanya.

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut perkara ini. Seperti kenyataan akhbar Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, kita seharusnya menyerahkan perkara ini kepada Jawatankuasa Disiplin yang telah diberi amanah oleh mesyuarat untuk menyiasat sebarang tuduhan. Walau bagaimanapun saya amat bimbang dengan isu Unity Government atau UG?

Presiden telah mengumumkan bahawa tidak ada kerjasama dengan UMNO tetapi isu UG ini terus dibangkitkan oleh beberapa pihak. Tuduh menuduh, yang ini pro UG dan yang itu tidak begitu berleluasa. Apakah motifnya?

Tuduhan UG ini sudah menjadi semacam tuduhan keganasan yang dilemparkan imperialis Amerika Laknatullah. Amerika selepas peristiwa 9/11 telah menjadikan tuduhan keganasan atau dengan lebih tepat lagi pengganas sebagai senjata untuk memerangi musuh-musuh mereka. Afghanistan ditakluk kerana dikatakan menyokong pengganas. Persatuan, pertubuhan dan individu juga diperangi dan ditangkap di atas alasan menyokong keganasan.

Tetapi kita tidak nampak sebarang bukti kukuh. Hanya tuduhan demi tuduhan. Seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, ramai ditangkap sebagai ancaman kepada keselamatan tetapi tidak ada perbicaraan di mahkamah terbuka.

Begitu juga UG. Tuduhan di mana-mana. Saya pun dituduh pro UG. Tetapi tuduhan tinggal tuduhan dengan alasan-alasan yang remeh temeh. Seperti alasan keganasan dan ISA, hanya untuk menyisihkan musuh-musuh politik. Saya tidak tahu mengapa.

Mungkin ada yang hendak menjadi Exco atau hendak menjadi Pesuruhjaya? Mungkin ada yang merasakan diri mereka paling layak menjadi Pesuruhjaya? Mungkin ada yang merasakan diri mereka akan menjadi Exco yang boleh diterima oleh rakan-rakan Pakatan yang lain? Mungkin ada yang kecewa sebab kalah pilihanraya? Bagaikan orang yang kelemasan di sungai, buih-buih pun cuba dicapainya untuk menyelamatkan diri. Ini mesti membimbangkan kita, sebagai sebuah jemaah Islam.

Saya telah nampak keadaan seperti ini akan berlaku ketika saya ditawarkan jawatan Exco. Saya tidak mahu kerana saya tahu ada yang teringin. Saya sengaja tidak hadir mesyuarat yang memutuskan siapa yang hendak dicadangkan untuk jawatan Exco. Saya memberitahu Setiausaha Perhubungan dan menghantar SMS kepada Pesuruhjaya menolak sebarang perlantikan. Tetapi apabila Presiden membuat keputusan, saya akur. Saya diajar untuk menghormati pemimpin, berhemah dan berbudi bahasa. Saya tidak diajar untuk biadap kepada pemimpin, menengking atau menghentak meja.

Tuduhan pro UG? Saya tidak kisah. Saya tidak kenal jemaah lain kecuali PAS. Saya tidak kenal parti politik lain kecuali PAS. Saya tidak melompat dari jemaah atau parti politik lain. Saya memasuki PAS ketika orang takut hendak mengaku PAS. Saya tidak akan bersekongkol dengan orang luar untuk menjatuhkan atau memalukan pimpinan sendiri. Saya masih ada maruah dan harga diri. InsyaAllah saya boleh menghadapinya. Doakanlah bersama.

31 Oktober 2009

(Direct Free Kick)

2 comments:

dILA said...

SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR....sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

Anonymous said...

Hasan Ali selaku exco dan pesuruhjaya PAS Selangor telah banyak bersuara tentang pelbagai isu berkaitan Islam dan umat Islam. Antaranye penjualan arak di kawasan majoriti muslim.dan suara itu nampaknye mcm tak ade gune.. still seven eleven jual arak..

sbb apa berlaku.. tu cina DAP lebih power.. so PAS mcm tunggul lah..Sbb tu aku rase Hasan Ali terpikir nak kerjasama dengan UMNO...

Tapi disebabkan dendam otai2 PAS dengan UMNO nie mmg tak ade maaf dah.. semua yg sokong idea kerjasama tu mmg patut disingkirkan

Kalau tak ade Hasan Ali dlm exco aku rase lagi menjadi2 DAP dlm merosakan umat Islam.terbaru idea dorang nak kasik pusat hiburan sampai pukul 3 pagi.. PAS kene tentang... jgn dok sokong...

Aku lebih suke PAS mcm dulu.. stand alone... tak memerintah pun tak ape...still dpt kelantan.. tapi masih terus memperjuangkan ISLAM.. bile dah berkerjasama dengan DAP.. jadi mcm nie lah... sbbkan nak menang dan nak kan kerjasama tu utuh... ISLAM tergadai....

jgn lah taksub sangat pada ketua... nik aziz tuh mmg lah tok guru, alim ulamak, aku tengok muke dia pun sejuk aje hati... tapi pada2 lah... manusia semua melakukan kesalahan.. berdendam nie kan tak elok....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese