23 September 2009

PRK Johol Selepas Bagan Pinang?

Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar

2 comments:

mudz said...

SPR akan tunggu sehingga keputusan PRK Bagan Pinang....Jika BN menang besor, surat perletakan wakil rakyat Johol sah.

Jika kalah...surat letak jawatan tidak sah wakil rakyat masih belum mati lagi.

SPR Anjing Kurap.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
ADUN JOHOL LETAK JAWATAN
CIKGU BAT ni dari dulu (PR 12) sampai sekarang hanya pandai cakap dan tulis surat je! Macam budak PMR je ! Ketokohan beliau sampai sekarang KPI Cikgu Bat boleh di ranking kan terlalu rendah. Tiada yang boleh dibanggakan . Cikgu Bat ni sebagai ADUN macam sial je!
So Cikgu Bat tolong buktikan yang ADUN JOHOL meletak jawatan . Jangan hanya buat andaian tanpa bukti , buat lah homework sikit sebelum buat kenyataan rasmi menuduh SPR macam macam . Tolong buktikan kesahihan yang ADUN JOHOL LETAK JAWATAN . Sekurang kurang nya suruh Blogger ADUKA TARUNA atau Blogger APABILA Harimau Pandai Meniap risik kat keluarga ADUN JOHOL betul ke sudah hantar surat jawatan. So Cik GU Bat Hentikan Kerja munafik mu tu , Cikgu BAt kamu ni dah jadi ADUN bukan budak sekolah lagi atau Cikgu Bat mu ni masih berfikiran macam cikgu sekolah lagi ke. atau "HARI HARI CIKGU MAIN BOLA " atau " HARI HARI CIKGU GARU BOLA"

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese