Saya terpandang satu gambar yang menarik , senyuman seorang Agong kepada seorang ulama. Betapa Indahnya suasana itu. Apakah rahsia disebalik senyuman itu. Malah permaisuri Agong pun turut tersenyum.
Mungkin mereka nostalgic mengenang saat manis semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. Itulah peristiwa yang berlaku di Parlimen. Gandingan Sultan dan Ulama memang telah menjadi budaya orang Melayu.
Terengganu di zaman pemerintah Islam sebelum penjajahan British, aman berada di bawah pemerintahan Sultan di bantu oleh ulama terkenal saperti Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyung. Terdapat juga Sultan yang juga seorang ulama. Memang Terengganu penuh dengan ulama terbilang dalam ilmu dan akhlaq.
Oleh kerana Sultan memandang tinggi kedudukan ulama maka rakyat turut berlumba lumba untuk menuntut ilmu ugama bagi menjadi barisan pelapis ulama. Kegiatan mengajar kitab wujud di merata ceruk negeri Terengganu. Orang baik mengatasi orang jahat. Alangkah bagus nya kita wujud kembali semua itu di semua negeri di Malaysia. Semoga Ruh Islam kembali berseri memenuhi bumi. - AhmadHadeed
No comments:
Post a Comment