Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lunas hari ini kesal dengan tindakan ADUN mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.
Seorang pemimpin PKR Bahagian hari ini mencabar Mohd Radzhi untuk meletakkan jawatan dan mengisytiharkan kerusi DUN Lunas kosong jika beliau ikhlas di dalam perjuangannya.
Apa yang nyata ini adalah satu permainan kotor orang-orang Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam usaha untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat sepertimana mereka telah melakukan di Perak awal tahun ini.
Mohd Radzhi sebelum pun menafikan beliau dibeli atau dibayar kerana menjadi ahli Bebas. Namun beliau dicabar untuk bersumpah dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini jika benar beliau tidak disogok atau dibayar oleh pihak tertentu di dalam membuat keputusannya itu.
Banyak pihak termasuk pemerhati politik melihat isu terbaru ini sebagai usaha terdesak Najib dan UMNO BN untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir dengan cara menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat.
Namun yang nyata, Najib dan akan terus dilihat sebagai pemimpin dan parti yang bacul dan takut untuk menghadapi pilihanraya tetapi mencari jalan singkat dan mudah untuk menang iaitu dengan membeli ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat yang mudah untuk disogokkan dengan nilai-nilai kebendaan seperti wang ringgit dan sebagainya.
Rakyat akan terus mengutuk tindakan Radhzi tersebut, lebih-lebih lagi tindakan Najib dan UMNO yang mempersendakan demokrasi serta pilihan rakyat di dalam negara ini dengan melakukan konspirasi untuk membeli ADUN-ADUN parti lawan mereka setelah gagal bertarung di dalam pilihanraya.
6 comments:
salam,
thing of life kini di www.duniacacamarba.blogspot.com
Orang umno mana faham demokrasi, politik mereka politik kanyaq. mat monggol tu apa yang dia tau.
Radhi, bertaubat sajalah di bulan puasa ni. Buat apa kau nak khianati rakyat yang mengangkat kamu,Usia kau telah menghampir waktu senja, dikala itu harta bertimbum tak kan kau bawa bersama.
Kalau kau anak jantan lepaskan Adun Lunas dan bertanding semula. Selepas itu kau lihatlah wajah kau yang sebenar.
betul cakap tuan guru nik aziz, parti UMNO memang menolak agama dan politik.dan takkan bau syurga puak2 ni, jahat sejahatnya.sebab kalau politik asing dan agama asing.senang mereka nak baham wang rakyat dan UMNO juga suka rasuah merasuah.untuk yb radzi, kesenangan dunia tak kemana, sampai masa kita kembali kepadanya, hanya amalan sahaja yang dibawa,bukan wang ringgit bertimbun2. insaflah yb radzi sebelum malaikat iszrail datang mengambil nyawa, umur tu dah senja.
Salam,
Perosak bangsa dan agama dlm imej Islam adalah lebih bahaya.
Arce dan nik aziz dah bau syurga ka? Atau skrg lebih kuat bau colok dan setanggi, atau bau ketiak lks.
Projek lompat parti 16 September apa cerita?
projek lompat parti 16 september ap cerita..jgn la ckp xserupa bikin..sibuk mencanangkan cerita org lain smpai lupa dr sndr pown pnah bwat jgak..
Dengar khabar angin, kerajaan PR di Kedah dalam keadaan kecemasan.
ADUN Dap sudah lari ke Singapura dan ADUN-ADUN PKR juga menghilangkan diri.
Sila pertimbangkan kemungkinan untuk membubarkan DUN Kedah.
Jangan bagi peluang Kedah menjadi seperti Perak.
buka kedai online dengan RM100
Post a Comment