PENAFIAN berkali-kali calon Umno Rohaizat Othman bahawa beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.
Selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.
“Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar,” kata Mohamad Ali.
“Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah… Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih,” tambahnya.
Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.
Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.
Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat – bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.
Rohaizat yang pada mula tempoh berkempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161 ooo wang Koperasi Pekebun Kecil, terpaksa berdepan pula dengan isu yang lebih peribadi 2 hari berbaki kempen sekarang. - Zainulfaqar
1 comment:
LOL Funny
You tell that Mahfuz fella if you want to put fingers towards rohaizat make sure you look yourself in the mirror.
Anak sendiri JUAL dan EDAR dadah ada hati nak pecah belahkan rumahtangga orang..isk isk isk
Post a Comment