21 August 2009
A.Samad Said: Jangan pilih pemimpin 'bertelinga satu, berlidah dua'
Sasterawan Negara , Dato A.Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.
Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini, Permatang Pasir beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat.
"Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka.
"Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.
Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini.
Sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha penguncupan bahasa Melayu, A.Samad Said dalam nada kerasnya sekali lagi mengulangi istilah pemimpin kerajaan Umno-BN sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'.
Ketika ditanya pemberita mengenai tujuan kehadiran pada pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan ianya merupakan suatu bentuk sokongan moral serta sumbangan ke arah mempertahankan bahasa ibunda.
Beliau dijangka menyertai ceramah di beberapa tempat iaitu Permatang Ara dan Permatang Tengah.
Unuk mengetahui jadual ceramah pada malam ini, sila ke laman rasmi pilihan raya kecil N.11 Permatang Pasir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
pilihlah pemimpin bermata satu berlidah seribu siapakah agaknya?
Post a Comment