
Manikavasagam turut menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa adanya pakatan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk menyiasat wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Beliau mahu polis menyiasat mereka yang disebut dalam surat tersebut.
Sementara itu, Timbalan Persuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam surat misteri itu.
Mengakui bahawa beliau belum lagi membacanya, Abu Kassim yakin semua dakwaan adalah palsu, berdasarkan makluman dari pegawai-pegawai beliau akan kandungan surat tersebut.
Abu Kassim menambah siasatan keatas surat itu akan dilakukan.
No comments:
Post a Comment