01 July 2009

From unity talks to intellectual discourse - Malaysiakini



Kepada :

Yb. Sdra Khairi Jamaludin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO, benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam.

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS.

Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen.

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

s.k ; Setiausaha Agung PAS

2 comments:

Anonymous said...

Minta Dato' Harunsani Mufti Perak ikut sama menjadi ahli panel.

pria malaya said...

DAP: Antara tindakan keluar pakatan dan perasaan kecewanya..

Hari ini sahaja, terdapat dua berita berkaitan dengan DAP, satu mengenai tindakan tergesa2 DAP Perlis dan Kedah bertindak keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat, dan yang keduanya berita yang berkisar mengenai kekecewaaan DAP terhadap saranan dan idea pemuda PAS untuk mengadakan wacana ilmiah bersama pemuda Umno demi survival Islam..

sila baca seterusnya disini,

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/dap-antara-tindakan-keluar-pakatan-dan.html

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese