12 May 2009

Waran Tangkap Keatas Ramzi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ramzi1.jpgKUALA TERENGGANU – Satu Waran tangkap akan dikeluarkan kepada bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ekoran kegagalan beliau tampil membantu siasatan berhubung kes ‘SMS Ugut Bunuh’.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, SAC II Hamzah Mohd Jamil yang turut menjelaskan, sehingga jam 3 petang semalam Ramzi masih belum memberikan keterangan walaupun telah diberikan tempoh tiga hari untuk berbuat demikian.

"Sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media yang lepas, kita memberikan beliau tempoh tiga hari untuk tampil sebelum waran tangkap dikeluarkan dan tempoh itu telah berakhir pada pukul 3 petang ini (Isnin).

"Sehingga pukul 3 petang tadi (Isnin), belum ada tanda-tanda yang menunjukkan Dr Ramzi muncul atau datang memberikan keterangan berhubung kes itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.

Katanya polis akan meminta kerjasama daripada Jabatan Imigresen serta Interpol bagi mengesan Ramzi, yang juga bekas calon BN bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu.

Katanya polis turut meminta keluarga Ramzi serta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukannya, menghubungi balai polis yang berhampiran.

Bernama melaporkan, Ramzi dicari polis kerana beliau merupakan antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung SMS ugutan yang diterima tiga Adun BN iaitu Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada malam 13 April lepas.

Peristiwa itu membawa kemelut politik UMNO Terengganu menjadi lebih tegang apabila 10 Adun termasuk tiga yang menerima SMS itu memboikot sidang DUN Terengganu yang diadakan pada 14 April lalu.

Ramzi merupakan orang kanan bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, yang kini dimaklumkan menjadi Pegawai Khas kepada Pengerusi Mara.

Idris ‘dianugerahkan’ jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) selepas gagal kembali sebagai Menteri Besar Terengganu apabila pihak istana Terengganu tidak perkenan kepada beliau.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese