12 May 2009

Syukur Di Atas Kemenangan - Datin Seri Hajjah Fatimah

Saya bertolak dari Ipoh bersama suami dan pengiring tepat jam 12.05 tengahari menuju ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kalau tidak silap sudah 7 kali sebelum ini suami berulang alik dari Ipoh ke K.L berjuang untuk kes di mahkamah dan hanya pada hari ini saya dapat bersama beliau ketika keputusan diumumkan.

Saya bersyukur kehadrat Ilahi di atas kemenangan yang diberi. Saya sentiasa menyokong perjuangan dan prinsip yang di bawa oleh suami dan saya tidak pernah nampak apa salahnya dalam perjuangan yang dia bawa untuk perjuangan Islam. Kemenangan di Mahkamah Tinggi petang tadi adalah kemenangan rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya.

Dalam kesempatan masa berada di Kuala Lumpur suami turut dijemput menyampaikan Talk Show berkenaan Islam di akhir zaman di Masjid Al-Azim. Orang ramai hadir untuk mendengar kupasan topik tersebut. Suami bergandingan dengan Ustaz Riduan Md Nor.

Pulang ke Ipoh kami diiringi oleh beberapa kereta dari Kuala Lumpur untuk tujuan keselamatan dan kami tiba di Ipoh pada jam 10.00 malam. Suami ada perjumpaan dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan Mesyuarat Tergempar Exco.

3 comments:

dino_yp@yahoo.com said...

DAP menang jugak akhirnya. Melayu PKR/PAS yang dibodohkan juga. Melayu PKR/PAS akan terus jadi pencarut / penghasut terhormat. Org Cina kafir gelak kat belakang... Perak gua punya, Melayu ISlam masuk longkang jua akhirnya.... Takbir!!!

kluangman said...

Syukur bukan setakat menang, tetapi juga ketika kalah kerana semua itu ketentuan Illahi.

Semua di dunia ini sementara, kuasa yang direbut lebih gah dan berpenat lelah tetapi bila dah dapat kuasa, bagaimana pula dengan amanah?

Apa yang berlaku hari ini hanyalah tergelincir, tetapi berhati hati lah kerana di depan masih banyak gaung.

ibu said...

isk..ada langau la plak dlm commentor ni..
apa2 hal pun.. YB Nizar, anda tetap MB Perak yang sah..

*berlalu sambil men-spray langau yang buat bising..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin