10 May 2009
Polis Halang Tayangan VCD Peristiwa 7 Mei
DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 Ia di anjurkan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham. Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya.
Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah merempuh masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu. Orang ramai memberi amaran supaya polis tidak mengganggu tayangan VCD tersebut. Tetapi, polis tidak mempedulikan semua itu. YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Nga Kor Ming telah berunding dengan polis untuk tidak mengganggu program makan malam dengan menakutkan rakyat. Tetapi, polis berdegil juga dalam usaha untuk merampas alat-alat tayangan (VCD). Berpuluh-puluh FRU masuk bagaikan satu rusuhan berlaku.
Seorang juruteknik video kamera yang telah memasang alat-alat VCD di dewan itu telah ditahan oleh polis. Datuk Ngeh Koo Ham telah pergi ke balai polis untuk membela juruteknik itu.
Kenapa polis tidak memberi kebenaran untuk tayangan video peristiwa 7 Mei 2009?
Apakah yang ingin di selindungi oleh polis dalam usaha menghalangan tayang peristiwa 7 Mei 2009?
Rakyat berhak untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam Dewan Negeri. Oleh yang demikian polis tidak sewajarnya mengambil tindakan-tindakan untuk 'black out' isu 7 Mei sama sekali.
Apa salahnya untuk pengundi-pengundi mengetahui peristiwa 7 Mei itu? Kenapa ianya di halang oleh polis? - V.Sivakumar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak habis-habis dengan cerita polis. Negeri-negeri yang diperintah pakatan rakyat sebenarnya baru berdepan dengan ancaman dan tindakan polis.Terengganu waktu diperintah PAS dulu telah mengalami pelbagai tekanan dan larangan dari polis. Mana ada ketua Polis negeri yang berceramah menghentam PAs kalau bukan dinegeri Terengganu? Mana negeri diMalaysia ini yang ketua polisnya bertindak lebih sudu dari kuah kalau tidak diTerengganu?So apa yang berlaku sekarang ini adalah rentetan sejarah dan ia tetap berulang sehingga tumbangnya UMNO DAN BARISAN NASIONAL diMalaysia.
poliskan rakan niaga umno,mereka pelindug juak2 yg rompak harta rakyat,umno tak pernah insaf ,aku duk depan kaabah dulu minta umno hancur di ganti dgn saf pimpinan yg takut akan hari perhitungan.takbir.
Post a Comment