10 May 2009

PAS Terengganu menjadi harapan rakyat

Kebangkitan PAS di Terengganu sekarang ini begitu pesat sekali berbanding selepas terkena tsunami pada tahun 2004. Sungguhpun begitu pertembungan diantara UMNO dan PAS di Terengganu sekarang ini agak suram, memandangkan pertembungan sesama UMNO dari kem Idris Jusoh dan kem Ahmad Said lebih panas.

Setelah ditumbangkan oleh barisan muda UMNO pada pilihanraya umum 2004, PAS Terengganu dikatakan lambat atau terlalu ‘slow’ membuat perubahan kepada kepimpinannya berbanding dengan UMNO selepas mereka kecundang kepada PAS dalam tahun 1999.

Pencapaiannya dalam pilihanraya umum ke-12 pada Mac, 2008 baru-baru telah meningkat 2 kali ganda berbanding dengan tahun 2004. Pencapaian ini sudah cuikup memberangsangkan jika dibandingkan dengan Selangor dan Perak. Tetapi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Kedah dan Kelantan.

Cuma yang menjadi perdebatan, selama mana PAS Terengganu hendak bergantung kepada tenaga-tenaga veteran yang telah melepasi zaman kegemilangan mereka untuk berhadapan dengan “budak-budak” baru UMNO.

Dalam pemilihan-pemilihan kepimpinan PAS kawasan-kawasan dan Dewan-dewan perubahan kepada tenaga baru telah berlaku. Paling drastik adalah perubahan Yang Dipertua Kawasan Besut kepada seorang ulamak muda, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dengan barisan pelapis yang baru.

Kawasan-kawasan yang lain mungkin tidak membuat perubahan drastic dalam kepimpinan parti tetapi sedang menghayati “transformasi” untuk dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat supaya kesinambungan perjuangan Islam yang dipelopori oleh 5 tonggak utama PAS Terengganu sejak tahun 1980’an, iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Mustafa Ali, Dato’ Ustaz Harun Taib, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Buat pertama kalinya selepas sekian lama, jawatan Ketua Dewan Muslimat terlepas dari kalangan isteri pimpinan utama PAS Terengganu bila Ustazah Sapinah Jusoh dipilih menjadi Ketua Muslimat yang baru dengan pengunduran Ustazah Fatimah@zainab Ibtrahim.

Sementara Ketua Pemuda Terengganu juga bertukar kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah setelah Ustaz Azman Safawi Abd Rani turut mengundur diri. Mungkin juga Ketua Dewan Ulamak Terengganu pun mendapat muka baru.

Persoalan yang timbul sejauh mana tenaga-tenaga baru ini mampu menggerak PAS Terengganu sebagaimana yang dilakukan oleh 5 tonggak PAS Terengganu terutama ketika masih muda dan bertenaga selama 3 dekad. Mampukah mereka meyakinkan rakyat menerima mereka sebagai pemimpin kerajaan selepas ini? - Mohd Shuhaimi Al-Maniri

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese