10 May 2009

Presiden PAS Ulangi Amaran - “Membujur Lalu Melintang Patah”



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/bujurlalulintangpatah.jpgMARANG – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, semalam, mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

“Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara),

“kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa,”ujarnya.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

“Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, UMNO ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada,

“kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar,

“tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!”jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan UMNO dan Barisan Nasional oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

“Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya,”tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Hairan, hairan dan hairan ! Macam mana agaknya PAS nak memimpin rakyat dan negara dengan Islam tapi pada masa yang sama ada pemimpin PAS yang mahu berdamping dengan umno atas dasar assabiyah "ketuanan melayu". Pelik nak fikirkan. Mungkin puak muzakarah/muqabalah yang ingin bertanding jawatan dalam muktamar akan datang dapat beri keterangan sikit ?

Anonymous said...

Nak heran pasai apa pulak, hang nie jangan duk jadi tv3suku plak kat sini. duk sebar fitnah plak.

mmg pas akan bergabung dengan umno kalu umno jadikan islam sebagai matlamat, ini mursyidul am pas dah tegaskan.

yg hang duk percaya cakap tv3suku pasai apa, tak pun hang ni upahan umno kot???..jgn bagi anak bini makan duit haram, sebab kalu depa kurang ajaq esok bukan apa, sebab makan duit haram ko ni.

Anonymous said...

tuan,
paham sikit pembelajaran bahasa inggeris untuk mathematics dan science tadak sangkut paut ngan membudayakan bahasa kebangsaan, itu cuma medium pembelajaran saja, janganlah sempitkan fikiran oran melayu yang dah sempit ni, mana ada rujukan peroffesional dalam bahasa melayu, sapa nak tulis buku ilmiah sains dan teknologi dalam bahasa melayu, tak ada pasaran, jadi rujukan banyak dalam bahasa inggeris, nak tengok articles berkaitan teknologi kejuruteraan, pertanian, pembuatan, tak jumpa pun kat internet dalam bahasa melayu, kalu pelajar kita buta tuli bahasa inggeris atau tau sikit-sikit2 macamana nak tambah ilmu, bukan lah kita nak agongkan bahasa inggeris tapi kenalah paham sikit keperluan. NGO2 yang dok laung2 supaya mansuhkan penggunaan BI mathematic dan sains tu pun bangang juga kot, tapi anak depa dok antar tuition BI tu wat ape.

Anonymous said...

Seperti mana bangsa Yahudi tidak dapat menerima utusan terakhir dari golongan bangsa Arab begitu juga corak dan pemikiran orang2 UMNO di Malaysia ini. Mereka akan hairan bagaimana PAS nak memimpin rakyat dan negara dengan Islam tapi pada masa yang sama berdamping dengan sesiapa saja atas dasar assabiyah "Ketuan Melayu".

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese