17 May 2009

Nik Aziz tidak tolak kemungkinan berlaku sogokan dalam PAS

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.

Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.

"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.

"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, hari ini.

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.

Semalam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.

"Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.

"Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang tok guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bilabila pun saya sanggup," katanya.BERNAMA

4 comments:

skyStone said...

salam tuan, sy rasa ini semua berpunca dari ulama besar daud iraqi..
sepatutnya dia bincang sesama ahli, bukan keluar statement bodoh...
skang mahathir dah hentam suke2 hati.

BILE MASA PAS KUNCI SUARA AHLI2 NYA??? DAUD IRAQI HARUS BERTANGGUNGJAWAB WALAU DIA WALI ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!
MEMALUKAN PAS!!!!!!!!!

skyStone said...

sy tak puas hati lagi bile sentiasa teringat sinar harian keluaran hari itu yg membuat sy nmpk dia seorang yg sgt lemah sbg ULAMA' dlm PAS. Apepun alasannya, dia dah keluarkan statement bodoh tu. DIA adlh punca akn nanti jika ada keretakan dlm PAS..

Anonymous said...

assalamualaikum

terlebih dahulu kita perlu mengetahui bahawa statement itu hanyalah bersifat teguran dan ianya bukanlah dibuat di khalayak umum, tapi ketika Muktamar Dewan Ulama' PAS Kelantan...

baca: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

kepada skystone, jangan begitu lancang untuk berkata2...terlajat perahu boleh undur, terlajak kata dosa ganjarannya...

jangan cepat bersangka buruk kerana tindakan itu boleh menyebabkan kita melakukan tindakan yang bodoh (walaupun kita rasa dah pandai doh!)...

akhir kata, saya ingin menyeru semua ahli gerakan(jika mereka membaca disni) utk kita sama2 memberikan wala' dan thiqoh kita kepada pimpinan PAS...

teguhkan jemaah, rapatkan saff, tinkatkan wala', teruskan bekerja...

wallahua'lam...

az_rauna

skyStone said...

yela tuan bersembunyi diri..
ini comment sy..

SINAR HARIAN TU BUKAN UTK UMUM KE???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin