17 May 2009
Flu H1N1: 101 penumpang AirAsia dikurantin
Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.
Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.
Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.
"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.
Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.
Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.
Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.
Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.
Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.
"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment