20 May 2009
Malam ini! Nyalaan lilin diteruskan...di Pusat Perkhidmatan Nie Ching, Sri Kembangan
Walaupun berdepan dengan risiko ditahan polis, tetapi ia tidak mematahkan semangat aktivis dan ahli politik pembangkang untuk terus mengadakan nyalaan lilin sebagai tanda berkabung 'berkuburnya demokrasi'.
Tidak sampai 24 jam selepas 11 orang ditahan - termasuk dua wakil rakyat DAP - dua lagi nyalaan lilin akan diadakan malam ini dan esok.
Mereka yang menyertai nyalaan lilin itu menuntut pembubaran dewan undangan negeri Perak supaya pilihanraya baru diadakan di negeri itu.
Perak dilanda kemelut politik sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas tiga ADUN Pakatan melompat parti dan menyokong BN.
Malam tadi, polis menahan ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching dan ADUN DAP Terai, Jenice Lee bersama sembilan pekerja parti itu.
Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilih di luar pejabat ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok di Kuala Lumpur malam tadi.
Malam ini, nyalaan lilin itu akan diadakan di Sri Kembangan, di luar pusat perkhidmatan Nie Ching.
Manakala malam esok, ia akan diadakan di luar pejabat Jenice Lee di Ampang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yang polis ni pun satu hal...yang menyibuk..tak memasal ngaper??? kerja ikut arahan pekeliling...yang nko jilat najis pemimpin umno tu..agaper?? nko ingat gaji yang nko
beri anak /isteri nko tekedarah di kutip dari duit rakyat/pembayar cukai
ada faham ke???kerja pakai otak ler polissss!!pakai otak udang ker....
teruskan la !!! perbutan yang boleh menjejaskan akidah
Umat Islam dilarang menyertai perarakan menyalakan lilin kerana ia adalah perbuatan syirik yang boleh menjejaskan akidah .Ia adalah merupakan amalan dlm agama kristian .
orang islam dlm PAS kalu ikut puak2 kristian DAP ini nyala lilin juga jelas bagi aku adalah bodoh dan tidak sedar aktiviti spt itu bleh merosakkan iman .
Perarakan lilin jejas akidah.
Mungkin ramai tidak baca Utusan Malaysia, atau tidak perasan artikel yang kecil di sudut sebelah kanan. Saya tertarik dengan kandungannya dan di salinkan seperti berikut:-
"Umat Islam dilarang menyertai perarakan atau perhimpunan menyalakan lilin (candlelight vigil) anjuran pihak tertentu kerana perbuatan itu boleh menjejaskan akidah.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, ia dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.
Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.
Akidah tunjang dalam Islam, sebab itu Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.
Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman. Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita, katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.
Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya 'orang politik' sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.
Aktiviti tersebut dikhuatiri disertai oleh sebahagian umat Islam yang ghairah melakukannya tanpa menyedari ia salah satu perbuatan syirik.
Mahmood Zuhdi berkata, dalam melakukan sesuatu perkara, umat Islam harus berhati-hati supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang boleh memberikan kesan kepada agama dan keimanan mereka".
Post a Comment